Megat Panji Alam sebagai "tanda awal keagungan dan takdir besar".
Pada 13 Rabiulakhir, Tahun
tercatat. Lahirlah seorang anak lelaki kepada pemangku Raja Muda Terengganu
setelah 6 tahun pasangan diraja itu mendirikan rumahtangga. Kelahiran putera di
pagi yang indah itu menepati kebetulan seperti apa yang disuarakan oleh Mak
Madah, Bidan Diraja sewaktu Majlis Lenggang Perut. Seorang putera bakalan lahir
lewat sebulan sehari dari tarikh maulud dan ternyata itulah tarikhnya.
Setelah
enam tahun, kehidupan tanpa dikurniakan cahaya mata, bonda Megat Panji Alam
sering bermimpi mengunjungi baitullah dan bertemu dengan seorang lelaki warak
berulangkali selepas kembali mengerjakan haji pada tahun itu. Bonda pernah juga
bermimpi melihat cahaya terang manakala ayahandanya pula bermimpi melihat
gugusan bintang-bintang dilangit.
Sebulan selepas kembali dari
Mekah, bondanya tiba-tiba berubah sikap
menjadi lebih tenang, rajin ibadah, kemudian entah mengapa tiba-tiba bonda
teringin memakan susu, delima dan kurma. Ini membuatkan kejutan buat
ayahandanya saat itu, rupanya doa mereka telah makbul.
Megat Panji Alam semasa bayi dalam
kandungan lagi, apabila terdengar bacaan ayat suci Al-Quran maka akan terjadi gerakan
halus tetapi kuat dan teratur — tidak meragam dan sentiasa tenang saat bondanya
membaca al quran. Aura wajah bondanya bercahaya dan berseri-seri tidak jemu
mata memandang.
Hampir sebulan bonda Megat Panji
Alam merasa seolah-olah akan melahirkan anak bila-bila masa sebelum tarikh yang
diberi oleh Mak Madah itu. Kelahiran Megat Panji Alam adalah mudah, cepat, dan kelahiran
tanpa darah setitis pun.
Megat Panji Alam lahir dengan
hanya sekali menangis perlahan, berhenti membuka mata luas memerhati
sekeliling. Dilahirkan bersama tembuni dan berkalung tali pusat dileher
terlihat ketika tembuni dibuka oleh Mak Madah.
Selepas terkeluar suara tangisan
pertama Megat Panji Alam, Mak Madah Bidan Diraja yang mempunyai ilmu batin rasa
hati dan banyak pengalaman yang menyambutnya
berkata, Insya Allah; Anak ni ada cahaya, simpan baik-baik, nanti jadi
pemimpin penuh lmu.”
Selepas dilahirkan, Megat Panji
Alam tidak seperti bayi lain, cepat merangkak dan tidak lama, bercakap atau
berjalan. Mudah menghafal doa, surah, atau menangis cepat reda apabila dia mendengar
ayat Quran. Matanya tajam merenung, seolah-olah memahami sesuatu.
Megat Panji Alam membesar dalam asuhan
neneknya dengan ayahanda dan bondanya. Didikan rohani dan akhlak. Persekitaran
yang subur dengan ilmu dan kasih sayang.