Megat Panji Alam sebagai "tanda awal keagungan dan takdir besar".
Pada 13 Rabiulakhir, Tahun tercatat. Lahirlah seorang anak lelaki kepada pemangku Raja Muda Terengganu setelah 6 tahun pasangan diraja itu mendirikan rumahtangga. Kelahiran putera di pagi yang indah itu menepati kebetulan seperti apa yang disuarakan oleh Mak Madah, Bidan Diraja sewaktu Majlis Lenggang Perut. Seorang putera bakalan lahir lewat sebulan sehari dari tarikh maulud dan ternyata itulah tarikhnya.
Setelah
enam tahun, kehidupan tanpa dikurniakan cahaya mata, bonda Megat Panji Alam
sering bermimpi mengunjungi baitullah dan bertemu dengan seorang lelaki warak
berulangkali selepas kembali mengerjakan haji pada tahun itu. Bonda pernah juga
bermimpi melihat cahaya terang manakala ayahandanya pula bermimpi melihat
gugusan bintang-bintang dilangit.
Sebulan selepas kembali dari Mekah, bondanya tiba-tiba berubah sikap menjadi lebih tenang, rajin ibadah, kemudian entah mengapa tiba-tiba bonda teringin memakan susu, delima dan kurma. Ini membuatkan kejutan buat ayahandanya saat itu, rupanya doa mereka telah makbul.
Megat Panji Alam semasa bayi dalam kandungan lagi, apabila terdengar bacaan ayat suci Al-Quran maka akan terjadi gerakan halus tetapi kuat dan teratur — tidak meragam dan sentiasa tenang saat bondanya membaca al quran. Aura wajah bondanya bercahaya dan berseri-seri tidak jemu mata memandang.
Hampir sebulan bonda Megat Panji Alam merasa seolah-olah akan melahirkan anak bila-bila masa sebelum tarikh yang diberi oleh Mak Madah itu. Kelahiran Megat Panji Alam adalah mudah, cepat, dan kelahiran tanpa darah setitis pun.
Megat Panji Alam lahir dengan hanya sekali menangis perlahan, berhenti membuka mata luas memerhati sekeliling. Dilahirkan bersama tembuni dan berkalung tali pusat dileher terlihat ketika tembuni dibuka oleh Mak Madah.
Selepas terkeluar suara tangisan pertama Megat Panji Alam, Mak Madah Bidan Diraja yang mempunyai ilmu batin rasa hati dan banyak pengalaman yang menyambutnya berkata, Insya Allah; Anak ni ada cahaya, simpan baik-baik, nanti jadi pemimpin penuh lmu.”
Selepas dilahirkan, Megat Panji Alam tidak seperti bayi lain, cepat merangkak dan tidak lama, bercakap atau berjalan. Mudah menghafal doa, surah, atau menangis cepat reda apabila dia mendengar ayat Quran. Matanya tajam merenung, seolah-olah memahami sesuatu.
Megat Panji Alam membesar dalam asuhan neneknya dengan ayahanda dan bondanya. Didikan rohani dan akhlak. Persekitaran yang subur dengan ilmu dan kasih sayang.
No comments:
Post a Comment